Quantcast
Viewing all 515 articles
Browse latest View live

Resepi : Ayam Kabsah

Assalamualaikum.

Sudah lama rasanya saya tidak post resipi. Malas nak post resipi yang biasa-biasa ini, dalam blog orang lain pun ada kan. Jadi kali ini saya nak share resipi dengan korang iaitu resepi ayam kabsah. Masakan ini terlalu mudah untuk sesiapa yang ingin cuba. Yang penting sedap. Sori sebab tayang periuk nasi besaq tu.haha

Bahan-bahan :

5 sudu minyak zaitun
5 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 ulas bawah besar - dihiris nipis
1 mangkuk ayam - diperap dengan daun kari semalaman (tak perap pun tak mengapa)
3 senduk Rempah Kabsah Chef Ammar (boleh dibeli secara online di SINI)
2 cawan air


Langkah-langkah Memasak :

1. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali besar.
2. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik wangi.
3. Masukkan ayam. Selepas itu, masukkan rempah. Kacau dan masak dalam 1 minit.
4. Kalihkan ayam yang sudah dimasak selama 1 minit tadi ke dalam periuk nasi dan masukkan air. (Saya ingin masak masakan ini dengan menggunakan periuk nasi supaya ayam cepat lembut dan masak). Masak sehingga butang periuk nasi naik ke atas.
5. Siap dan boleh dihidangkan.


Mudah kan? Selamat mencuba.

Kekal Segar Bersama Smelly-No-More Total Image

Assalamualaikum.

Pasti ada di kalangan korang baru pertama kali mendengar nama Smelly-No-More dan pasti ada yang pernah mendengar nama Smelly-No-More. Smelly-No-More adalah ubat untuk cik Katty. Tahu ke cik Katty tu apa? Kalau tak paham tu, buat-buat pahamlah ye.hehe


Inilah dia ubat baru untuk cik Katty. Ubat ini paling berkesan diantara kesemua ubat-ubat cik Katty. Pasti korang pelik kenapa saya bagitau Smelly-No-More yang paling berkesan. Nanti saya bagi pencerahan panjang ye. Maklumlah, saya rasa entri ini yang paling saya teruja nak share. Jom baca review saya ini.


Smelly-No-More adalah produk yang dihasilkan oleh Total Image. Smelly-No-More adalah batu deodoran kristal yang diperolehi dari garam mineral semula jadi tulen yang berkesan menghilangkan bau badan yang kuat dengan menghalang pertumbuhan bakteria bau dan menghasilkan kesegaran yang lebih tahan lama.
  • Bersifat asli
  • 300% lebih berkesan berbanding deodoran komersial yang lain
  • Bersifat anti-alergik
  • Bebas alkohol
  • Tidak melekit


Cara Pemakaian Smelly-No-More



Mudah saje nak pakai Smelly-No-More ini. Hanya basahkan dengan air di penghujung batu Smelly-No-More dan calitkan di tempat yang dinyatakan di dalam gambar di atas. Yang penting, Smelly-No-More ini tidak akan menggelapkan kawasan yang dicalitkan dengan batu deodoran ini. Kepada sesiapa yang teringin mencerahkan bahagian-bahagian sensitif tubuh korang tu, bolehlah cuba Smelly-No-More ini. Berkesan tau.

Testimoni Daripada Saya


Sebenarnya ini baru hari kedua saya menggunakan Smelly-No-More, masalah-masalah sensitif yang menjadi igauan ngeri manusia di luar sana sudah tiada lagi. Memang berkesan 300%. Apa yang dinyatakan oleh Smelly-No-More memang benar. Deodoran ini cepat kering dan tidak melekit setelah berjam-jam pakai. Setelah pakai Smelly-No-More ini, saya bebas untuk melakukan sebarang aktiviti yang lasak. Tidak perlu risau dengan bau-bau sensitif yang boleh menggangu orang lain. Bila mama saya tahu saya pakai Smelly-No-More ini dan bertanya apa keistimewaannya, mama saya pun teringin juga nak pakai. Untunglah saya ada beli dua Smelly-No-More. Jadi saya bagi dia pakai harini. Setelah dia balik kerja tadi, mama terus cakap "Wow, hebatnya Smelly-No-More. Terasa segar sehingga sekarang. Seperti tiap-tiapa saat baru lepas mandi. Yang penting, bau sensitif sudah tiada!" Inilah penangan Smelly-No-More. Selalu buat orang teruja. Terbaiklah. Terima kasih Smelly-No-More. Korang tak nak cuba ke? :)


Testimoni di atas memang benar belaka daripada kami.
Smelly-No-More adalah pilihan yang tepat.
Tak rugi untuk beli.


Boleh didapati di Watsons, Guardian, Caring dan farmasi utama seluruh negara.
60gram - RM16.90 & 120gram - RM 24.90
Jom beli Smelly-No-More.

Order Coklat Comel Dari CikNa's Coklat Haven (CCH)


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, coklat yang saya order untuk hadiah perkahwinan kakak saudara kawan saya telah pun sampai. Saya yang tengok gambar coklat ini pun terlebih teruja tau. Tak sangka saya boleh order coklat secomel ini. Saya sendiri yang tengok gambar coklat ini, terus jeles tiba-tiba tengok kecomelan coklatnya. Ini baru pertama kali saya order coklat putih sepenuhnya.


Coklat yang saya order ini bukannya dihantar ke rumah saya, tetapi dihantar ke rumah kakak saudara kawan saya. Saya tak pasti apa reaksinya sebab saya tak contact dengan kakak saudara kawan saya ini, tetapi saya pasti dia pun akan teruja dapat coklat ini. Sebelum saya buat entri ini, saya ada post gambar coklat ini dalam Wechat, kawan-kawan Wechat semuanya jadi menggila. Diorang bagitau coklat ini comel sangat.


Mabruk maksudnya tahniah. Tahniah dan selamat pengantin baru kak Rohana. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Chic Na kerana buat coklat ini nampak sempurna. Sehari saje Chic Na siapkan. Terima kasih bebanyak tau. Sayang Chic Na ketat-ketat! :)


Kepada sesiapa yang teringin beli coklat comel ini juga, boleh tempah di :

Instagram : @chicna / @chichocolab
WhatsApp / WeChat : +601116127210

Wordless Wednesday-26 Februari 2014

Kecewa Dengan Sebuah Online Shop Baju

Assalamualaikum.

Pertama sekali, saya nak minta maaf jika entri ini kemungkinan ada berbaur kemarahan dan tidak puas hati daripada saya. Tetapi atas dasar tanggungjawab, saya buat entri ini sebagai iktibar kepada semua pembeli dan semua penjual online shop. Maafkan saya jika entri akan buat sesiapa tersinggung hati. Kes ini berlaku di antara saya dan sebuah online shop di Instagram.

Saya kecewa dengan satu online shop baju ini. Saya order design lain, design lain yang dapat. Sudahlah design yang dibagi ini buruk. Sehingga sekarang saya masih marah dengan sifat tak ikhlas penjual online shop ini. Dia bagi alasan mungkin salah packing. Hello, saya siap send gambar barang dan nama penuh barang. Ini pun boleh silap lagi ke. Kecewa dan sedih sangat2. Sekarang saya dah serik nak beli baju dari online shop lagi. Terlalu serik dengan semua ini. Online shop ini bagitau nak recover postage tukar barang, tapi saya tak ada masa nak pergi pos laju yang jauh dari rumah saya ini dan kena bungkus barang ini semula. Ingat saya ada masa ke nak recover barang tu semula?! Sampai bila-bila pun saya tak akan order baju dah. Sekian.

Ini pertama kali saya ada masalah dengan online shop. Selama ini, saya tidak ada apa-apa masalah. Kecewa, sedih, marah, fobia. Semua perasaan ini ada pada saya sekarang. Saya tidak salahkan online shop yang lain, saya cuma marahkan online shop ................ Saya bukannya sekejam yang orang lain sangka, saya masih ada perasaan untuk jaga nama baik online shop itu sendiri. Tetapi jika perkara ini berlaku lagi, saya tidak akan teragak-agak untuk bagitahu nama online shop itu nanti.

Saya tidak mahu marah-marah lagi, jadikan entri ini sebagai iktibar dan pengajaran kepada semua. Walaupun hati saya ini masih 50% tenang dan 50% marah, saya akan berusaha untuk melupakan hal ini. Mungkin bukan rezeki saya untuk dapat design itu.

Nasihat saya pada penjual online shop yang lain, sila peka dengan permintaan pelanggan. Jangan pula pelanggan nak order ini, benda lain yang dihantar. Saya tidak mahu online shop yang lain jadi kes sebegini. Lagipun ini nasihat yang baik, saya masih ada perasaan baik hati untuk menasihati semuanya. Jaga hati pelanggan semua, korang penjual online shop pun mesti tidak mahu pelanggan lari kan. Jadi, sentiasalah jaga hati pelanggan korang semua. Peace! :)


* Mulanya entri ini sepatutnya entri teruja dapat beli baju dari online shop ini, rupanya jadi lain sekarang. Terus tiada mood nak promote baju dari online shop ini.

Tips : Petua Pulihkan Tenaga Lelaki

Assalamualaikum.

Tips ini saya kongsikan kembali untuk lelaki yang sudah berkahwin. Saya dapat tips ni dari rancangan "Rahsia Kak Ton" pada hari ini. Cukup mudah tips ini untuk diikuti. Kepada lelaki-lelaki di luar sana, boleh ikut tips ini.

Bahan-bahan : Lobak merah, air suam, kuning telur ayam kampung, gula, madu lebah.

Cara-cara : Kisar lobak merah, air suam dan kuning telur ayam kampung bersama-sama. Selepas siap dikisar, masukkan bahan kisaran tadi ke dalam cawan dan kemudian masukkan gula dan madu lebah. Kacau kesemua bahan tadi dan sedia untuk diminum.

Selamat mencuba.

Tips : Mengelakkan Diri Dari Penyakit Meroyan

Assalamualaikum.

Penyakit meroyan sering dikaitkan dengan wanita selepas bersalin. Akan tetapi, bukan perempuan saje yang boleh terkena penyakit meroyan ini. Ada 10% lelaki juga yang akan terkena penyakit meroyan ini selepas isterinya bersalin. Jadi lelaki di luar sana pun kena berhati-hati juga ye. Di dalam entri saya kali ini, saya akan share serba sikit tips untuk mengelakkan diri kita dari terkena penyakit meroyan. Jika penyakit meroyan tidak dirawat, si pesakit boleh mencedarakan orang lain ataupun dengan cara lain si pesakit mampu membunuh orang lain. Antara tips untuk diri wanita mengelakkan dirinya sendiri dari terkena penyakit meroyan ini ialah :

1. Pastikan diri kita mengetahui serba sedikit pengetahuan mengenai simptom meroyan. Ini merupakan langkah awal untuk mengelakkan diri sendiri terkena penyakit meroyan.

2. Jaga pemakananan semasa mengandung sehingga selepas bersalin. Pastikan cukup zat. Contoh : Jika mak mertua bagitau jangan makan sayur ini nanti sejuk, maka makanlah sayur yang tidak akan bagi kita sejuk. Jangan biarkan diri kita terkurang apa-apa zat dari piramid pemakanan kerana ketika mengandung, bayi di dalam perut memerlukan banyak zat dari kita dan selepas bersalin, anak memerlukan banyak zat ketika menyusu.

3. Pastikan si ibu cukup tidur. Ini kerana jika kekurangan waktu tidur, peratusan untuk si ibu dapat penyakit meroyan amat tinggi.

4. Beri sokongan pada isteri. Suami, keluarga belah suami dan keluarga belah isteri mestilah beri sokongan yang kuat kepada si isteri. Sering menasihati isteri supaya tabah jika keguguran anak ataupun selepas kematian anak (selepas bersalin).

5. Selalu rujuk pada doktor supaya diri kita terhindar dari penyakit meroyan.

Jangan pandang ringan dengan penyakit meroyan. Jika tidak dirawat, akan mengundang padah.

Selamat Hari Lahir Yang Ke-16, Wan

Assalamualaikum.

Selamat hari lahir yang ke-16 buat adik saya, Ridzuan. Wah dah besar adik bongsu saya ini ye. Sekarang sudah 16 tahun dia ini. Kakaknya ini yang tak besar-besar lagi, masih pendek seperti biasa.hehe tiada kata-kata yang mampu akak luahkan melainkan akak cuma boleh bagitahu kakak sayang wan sangat. Happy birthday to u. Kakak berharap wan sentiasa istiqomah dalam melakukan amal kebaikan dan sentiasa melazimi solat berjemaah di surau pada tiap-tiap waktu solat. Kakak juga berdoa semoga kesihatan wan terpelihara setiap hari. Insya-Allah.

Setiap hari lahir keluarga, kami tidak pernah menyambutnya secara besaran sejak kecil lagi. Hanyalah keluar makan bersama-sama keluarga. Jadi, pada hari Ahad 2 Mac 2014 (malam) kami telah menyambut hari lahir wan dua hari lebih awal dari hari biasa. Mama dan abah nak sambut awal kerana hari lahir wan jatuh pada hari kerja iaitu hari ini, jadi sebab itu sambutan ini awal dua hari. Tidak mengapa, yang penting adik saya okay.




Kami mengambil keputusan untuk makan di restoran Mutiara Seafood, Teluk Intan, Perak. Restoran ini juga digelar sebagai restoran jambatan (kerana berdekatan jambatan). Ini pertama kali saya minum air asam boi. Sedap. Lepas ini, air ini sajelah yang saya order.hehe kami order makan 4 pinggan nasi kosong, telur bistik, sayur kailan ikan masin dan ikan siakap 3 rasa. Kenyang tau walaupun lauknya nampak sikit. Yang penting, sedap.

Restoran ini memang menjadi pilihan utama kami. Sudah lebih 10 kali kami makan di sini, kenikmatan makanan yang disediakan di restoran ini sangat puas hati. Makanan sedap, restoran bersih dan pelayan restoran sempoi. Beginilah ciri-ciri restoran yang sentiasa berjaya dan harus diikuti oleh restoran lain. Apa-apapun sambutan hari lahir wan sudah selesai, untuk bulan depan tunggu hari lahir abah pula. Happy birthday wan.

HI-TEA Bersama Ustazah Nor Hafizah Musa

Assalamualaikum.

Dengan permintaan rakan-rakan di Facebook dan Wechat untuk mengetahui apakah intisari ceramah yang telah disampaikan oleh Ustazah Nor Hafizah Musa ini, saya akan cuba berikan sedikit info yang saya berjaya catitkan di dalam buku nota saya. Semoga apa yang dikongsikan ini membawa banyak ilmu pengetahuan dan menambahkan ketaatan kita kepada Allah. Insya-Allah.

Hi-Tea Bersama Ustazah Nor Hafizah Musa
Tempat : Arena Square Teluk Intan, Perak
Tajuk Ceramah : Baiti Jannati
Tarikh : 2 Mac 2014

































Intisari Ceramah "Baiti Jannati"

  • Baiti Jannati sering dikaitkan dengan ahli keluarganya yang sentiasa mengamalkan prinsip baiti jannati. Jadi, ustazah sentiasa memastikan keluarga ustazah mengamalkan prinsip baiti jannati.
  • Siapakah wanita yang lebih bernilai dan lebih hebat? Adakah bidadari syurga? Jawapannya ialah wanita dunia lebih hebat dari bidadari syurga. Mengapa dikatakan sedemikian? Ini kerana wanita dunia dikatakan hebat bilamana mereka sentiasa taat pada perintah Allah, solat dan taat pada suaminya.
  • Selalulah berdoa untuk mendapatkan keluarga bahagia. Apakah doa yang kita boleh amalkan untuk mendapat keluarga baiti jannati? Antara doa yang boleh kita amalkan ialah :
رَبَّنَا هَبْ  لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ  إِمَامًا -
Yang dimaksudkan "Qurrata A'yun" ialah bilamana ketika kita memandang anak-anak, kita jadi terpesona dengan sikapnya. Dengan cara yang lain, jika ingin mengetahui adakah mereka telah bergelar sebagai "qurratu a'yun" ataupun tidak, cuba pejamkan mata dan bayangkan wajah anak-anak kita. Adakah kita berasa tenang dengan bayangan wajah mereka? Jika belum lagi, bertindaklah sekarang untuk menjadikan mereka sebagai penyejuk mata.
  • Tiada istilah kecewa dan putus asa dalam mendidik anak-anak.
  • Antara perkara yang ustazah tidak dapat lakukan sepertimana ibu bapa ustazah buat pada ustazah dulu ialah sering menasihati ustazah dengan Al-Quran. Semasa kecil, ustazah tak tahu mengapa mak ustazah sering menasihati dengan Al-Quran, Al-Quran dan Al-Quran. Ketika mak ustazah di dapur, mak ustazah akan selalu menyuruh ustazah mengaji Al-Quran walaupun mak ustazah sedang memasak di dapur. Jika salah baca Al-Quran ketika itu, apa-apa yang ada di tangan mak ustazah ketika itu seperti sudip ke apa, akan terus hinggap di tubuh ustazah. Sekarang ustazah tahu mengapa mak ustazah mendidik ustazah sebegitu. Rupanya didikan orang tua dulu-dulu amat berguna. Ustazah tidak akan jadi seperti sekarang jika mak ustazah tidak menegur ustazah. Yang paling buat ustazah gembira, ustazah pernah mengucapkan terima kasih kepada mak ustazah kerana beri didikan sebegini. Kesimpulannya, dari Al-Quran memberi pedoman kepada kita di dalam kehidupan dunia ini.
  • Pembinaan keluarga yang bahagia adalah bukan sekadar materialistik sahaja tetapi berdasarkan sahsiah yang baik dan perlakuan yang mendapat keredhaan Allah S.W.T. Ini berdasarkan surah Al-Ahzab ayat 28.
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu : Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya yang indah, maka marilah supaya Aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan Aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya."
  • Apa peranan keluarga yang tertentu dalam pembentukan baiti jannati?
Pengalaman ustazah : Ketika masih kecil dulu, ustazah susah untuk akses dengan hiburan. Tiada televisyen ketika dulu, tapi di antara rumah-rumah jiran semua, di rumah ustazah yang paling awal ada televisyen. Ketika ada televisyen pun masih tetap susah untuk menonton, buka televisyen hanya untuk warta berita sahaja.

Kesimpulannya : Ketegasan dan ada had dalam dunia hiburan. Jika banyak hiburan, hati jadi keras. Jika hati keras, anak-anak sukar untuk mendengar kata. Jika terlalu banyak hiburan, susah untuk fokus dalam ibadah. Sebab itulah, keluarga sekarang susah untuk mencapai konsep baiti jannati. Hadkan aktiviti anak-anak dari hiburan. Jangan buat mereka terleka dengan hiburan. Tanamkan dalam hati kita untuk membentuk keluarga kita sebagai baiti jannati.
  • Bagaimana jika wanita tidak berkahwin sehingga lanjut usia dan tiada jodoh, mendapat pahala dan kebahagiaan juga seperti pasangan yang dapat membentuk sebuah keluarga baiti jannati?
Jangan risau dengan perkara ini. Allah sentiasa adil dengan hamba-Nya. Jika ingin mendapat pahala seperti ini, keluarlah pada masyarakat dan berdakwah serta nasihatilah mereka. Anggap masyarakat di sekeliling kita seperti anak sendiri. Jangan bersedih jika tidak dapat membina keluarga.
  • Kadang-kadang tersentuh ketika mendengar sesuatu ceramah dan seperti mahu cepat-cepat berubah dan bertaubat. Kenapa?
Ini adalah perkara biasa. Tetapi selepas dengar ceramah dan menonton drama lain bersama keluarga, kita bergelak ketawa bersama keluarga dan terlupa dengan segala keinsafan tadi. Jadi untuk memastikan kita benar-benar beringat dan berubah, sentiasa istiqomah mendengar ceramah supaya iman sentiasa bertambah.
  • Resepi dalam pembentukan baiti jannati : Sentiasa mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan, mengawal segala tindakan anak-anak dan pelajari Bahasa Arab. Alangkah bagusnya jika semua orang dapat memahami bahasa Arab. Ketika solat, kita paham dengan semua bacaan dalam solat dan merasai maksudnya.
  • Orang Mukmin akan dibangkitkan dengan tiga keadaan iaitu :
  1. Rasulullah S.A.W bersabda : “Sesungguhnya umatku itu akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya atas sebab bekas-bekasnya berwudu’.
  2. Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya di bawah teduhan Arasy pada hari tidak ada teduhan, melainkan teduhan Allah ialah seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya lalu disembunyikannya sedekah itu sehingga tidak diketahui tangan kirinya.”
  3. “Dan orang-orang yang beriman, sedangkan anak keturunan mereka mengikutinya dengan keimanan, maka kami susulkan anak keturuan itu kepada mereka. Dan kami tidak mengurangi sedikit pun dari amalan mereka.” (At-Thur : ayat 21). Ayat ini bermaksud keluarga beriman akan bertemu bersama-sama di syurga.
  • Doa untuk pembentukan keluarga baiti jannati
 رَبِّ هَبْ  لِى مِنَ الصَّلِحِيْنَ -

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ -
  • Jalan untuk membuka semua jalan kesenangan dalam kebahagiaan rumahtangga ialah taubat nasuha yang dilakukan oleh pasangan berumahtangga. Pasangan berumahtangga hendaklah melazimi dan mengamalkan taubat nasuha setiap hari. Berdoa semoga keluarga bahagia, anak sentiasa mendengar kata dan hidup rumahtangga aman dan damai.

Semoga segala intisari yang dikongsikan ini diamalkan oleh semua pembaca.
Sekarang saya berusaha untuk berubah kepada kebaikan.
Tinggalkan perkara yang melalaikan.
Biiznillah.

Berjumpa Dengan Kenalan Rapat

Assalamualaikum.

Susulan selepas entri mengenai HI-TEA Bersama Ustazah Nor Hafizah Musa, bukan sahaja saya dapat berjumpa dengan ustazah ketika itu. Saya juga dapat berjumpa semula dengan kawan sekolah rendah dan menengah, kenalan di Facebook dan kawan ketika belajar di KUISAS dulu. Bahagia sungguh rasanya dapat berjumpa dengan mereka.

Bertudung biru : Shila (kawan sekolah rendah & menengah)
Bertudung ungu + biru : Syafynas (kenalan Facebook-pertama kali jumpa)

Kak Iffah (kawan ketika di KUISAS)

Berkawan biar seribu, bercinta biar satu.
Saya bahagia melihat kawan saya yang sejuk mata memandang ini.
Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan kawan yang baik seperti ini kepada saya.

Pretzels Almond Yang Paling Sedap

Assalamualaikum.

Last Sunday, 2 March 2014 I bought this pretzels from my sweet friend at Teluk Intan. These pretzels are delicious. I love it so much. Never regret to buy, I can finish eating this just for one day only. Haha tq darling.


Nice packing and unique.


I bought pretzels with almond. The taste you'll never forget.

Refubee Pretzels
snack | gift | wedding | party
www.refubee.com

W.M : RM10.00
E.M : RM11.00

Pretzels chocolate, pretzels hazelnut and pretzels almond.
If u want too, please contact Maryam Jameelah Kushairi. Please ask her to send for you.

Tips : Kurus Badan Versi Saya

Assalamualaikum.

Pertama sekali, saya ingin bagitahu bahawa tips saya ini tidaklah sehebat semua orang yang senang kurus tetapi tips ini adalah tips daripada saya sendiri tanpa sebarang ubatan yang merbahaya. Sejujurnya dulu saya pernah makan ubat kurus, tapi saya tidak mahu sentuh ubat kurus itu lagi kerana atas faktor kesihatan yang memudaratkan saya dulu. Bahaya juga makan ubat kurus ini. Henti, henti. Jangan ambil ubat kurus. Bahaya tau. Sekarang saya ada tips yang saya amalkan sendiri dan alhamdulillah berat badan saya berkurang sedikit demi sedikit dan stabil. Jom baca tips saya ini.

Tarian Zumba

Siapa pernah cuba tarian Zumba? Walaupun tarian zumba ini sudah pelbagai, saya masih tetap setia dengan tarian zumba yang dikolaborasikan oleh Linda Edler. Jom add Fb Linda Edler dan like page Linda Edler. Tarian Zumba yang dicipta oleh Linda Edler ini sangat mudah dilakukan. Yang penting, tarian ini ceria. Tarian Zumba yang selalu saya ikuti adalah di bawah ini. Lakukan setiap hari, saya pasti selepas korang berzumba nanti memang habis lenjun badan korang bermandi peluh. Amalkan setiap hari. Jika ingin senang, download video ini terus. Nanti boleh buka setiap hari.


Bersauna Bersama Sauna Belt

Tidak saya nafikan sebenarnya sauna juga penting untuk proses menguruskan badan. Terutama sekali selepas bersauna bersama sauna belt ini. Jika nak pergi spa sauna memang mahal, tapi dengan adanya sauna belt ini jimat duit saya. Murah saje sauna belt ini. Dalam berpuluh ringgit saje. Tidak sampai RM30 pun. Memang banyak penurunannya. Yang penting, kena disiplin dan amalkannya.

Jogging & Senaman Sit-Up

Jogging selama 15 minit tanpa henti dan senaman sit-up sebanyak 20 kali sehari. Lakukan kedua-dua ini setiap hari. Hasilnya nanti amat memuaskan hati.

Kurangkan Pengambilan Nasi

Nasi adalah musuh utama. Sekarang, saya telah berjaya hadkan pengambilan nasi ke separuh pinggan sahaja. Ye bukan mudah sebenarnya untuk saya kurangkan pengambilan nasi, saya memerlukan masa selama sebulan untuk membiasakan keadaan sebegini. Maklumlah nafsu. Tapi sekarang alhamdulillah saya berjaya hadkan. Lepas ini, target saya untuk tidak makan nasi selama sebulan-2 bulan. Doakan saya ye.

Kerap Minum Air

Minum air dalam 2-3 liter sehari. Dengan kerapnya pengambilan air akan meningkatkan kadar metabolisme badan kita. Sediakan botol air masing-masing jika nak tahu kita betul-betul minum air 2-3 liter sehari. Senanglah untuk kita disiplinkan pengambilan air untuk tubuh badan.

Ambil Sarapan Pagi, Tinggalkan Makan Malam

Sarapan pagi tidak boleh ditinggalkan. Sekali tinggalkan, memang merana hidup. Jika kita tinggalkan sarapan pagi nanti kita asyik nak makan saje satu hari tu. Betul tak cakap saya ni? Tetapi jika korang tinggalkan makan malam tidak mengapa. Makan malam memang tidak elok. Jadi, jika mahu diet, tinggalkan makan malam dan amalkan sarapan pagi.

Hanya ini tips yang saya amalkan setiap hari. Saya masih tidak tahu berapa kg berat saya sudah turun. Berat makin ringan berbanding dulu. Lepas ini, nak beli penimbang digital baru boleh tengok perubahannya. Siapa tahu penimbang digital yang bagus dan harganya yang berpatutan? Tolong bagitahu saya. Terima kasih.

Mimpi Saya Sebelum Kejadian Pesawat MH370 Hilang

Assalamualaikum.

Terkejut, sebak dan menggigil saya setelah mengetahui berita mengenai kehilangan pesawat MH370 semalam. Saya tergamam seketika setelah saya mendengar berita ini. Ini kerana, peristiwa seperti ini seakan saya pernah melaluinya. Ye memang saya pernah melaluinya, peristiwa ini sama seakan mimpi yang saya alami tahun lepas. Allahuakbar. Menangis saya tiba-tiba bila teringat kembali mimpi yang pernah menjadi ketakutan saya selama ini dalam kotak minda saya. Saya tidak tahu apakah mimpi yang saya pernah alami ini adalah suratan ataupun kebetulan. Saya masih tertanya-tanya dalam hati sehinggakan malam tadi saya langsung tidak boleh tidur kerana resah hati tidak hilang. Saya ambil wuduk untuk solat hajat di tengah malam dan membaca Yasin supaya Allah tenangkan hati saya. Alhamdulillah, resah hati saya berkurangan sedikit demi sedikit.



Mimpi Yang Seakan Sama Dengan Realiti

Pada tahun lepas saya ada bermimpi sebuah pesawat lalu di ruang legar udara atas rumah saya. Pesawat itu seakan tidak menentu, jadi saya keluar untuk melihatnya. Seketika saya keluar, saya ternampak pesawat itu seakan ingin mendarat secara cemas di hadapan rumah saya. Subhanallah, lajunya pesawat itu tidak saya tercakap. Saya cuba untuk berlari dalam mimpi itu untuk mengelakkan pesawat ini terkena saya tetapi saya tidak mampu untuk berlari ketika itu. Kaki, badan dan tangan saya kaku. Semakin lama pesawat itu menghampiri saya, saya berdoa pada ketika itu janganlah pesawat itu mendarat di atas rumah saya. Alhamdulillah doa saya diperkenankan, pesawat itu bukan mendarat di atas rumah saya tetapi di satu kawasan yang saya tidak tahu dimana. Apa yang terjadi, sebenarnya pesawat itu bukannya ingin mendarat tetapi terhempas. Bila orang ramai cuba mencari pesawat itu semula, agak mengecewakan mereka kerana mereka langsung tidak menjumpai bangkai pesawat. Astaghfirullahalazim, istighfar saya ketika itu. Saya memohon pada Allah, tunjukkan petunjuk yang sebenar pada mereka. Tiba-tiba datang satu suara yang saya tidak tahu dari mana, mengatakan tidak akan menjumpai bangkai pesawat itu dan semua penumpang mati. Dengan spontan saya terus ucapkan Allahuakbar dan saya terus terbangun dari mimpi. Saya tersedar yang secara realitinya juga saya mengucapkan Allahuakbar kerana bibir saya memang bergerak setelah saya bangun. Saya menangis secara tiba-tiba dan membayangkan wajah adik saya yang selalu menaiki kapal terbang untuk kembali ke tempat dia belajar di Kuching. Saya takut, terus saya bangun untuk ambil wuduk dan tenangkan diri. Ketika mimpi saya ini terjadi adalah 5 minit sebelum azan subuh berkumandang. Saya solat subuh dan berdoa semoga mimpi ini tidak bermaksud apa-apa. Berbulan-bulan saya berdoa pada Allah untuk sangkalkan mimpi ini kerana setiap kali mimpi buruk yang saya alami, akan betul-betul terjadi sama seperti realiti. Saya tidak pernah minta pada Allah untuk menjadikan mimpi ini menjadi realiti, bahkan saya memohon supaya Allah sangkalkan mimpi ini. Dan semalam, mimpi yang menjadi ketakutan saya selama ini telah terjawab. Ya Allah, tolong selamatkan mereka ya Allah... (menangis)


Hanya keluarga saya yang tahu betapa berat dan kuatnya hati saya untuk menjadi tabah dengan menerima petunjuk melalui mimpi seperti ini. Ini kerana hanya keluarga saya yang tahu kebenaran disebalik kisah-kisah di sebalik mimpi sebelum sesuatu peristiwa buruk di sekeling saya terjadi. Bukan hanya mimpi ini yang saya alami, sebelum ini juga saya pernah mengalami mimpi yang kadang-kadang saya tidak dapat menanggungnya seorang diri dan saya ceritakan semuanya pada keluarga saya. Jika ada kelapangan suatu hari nanti, saya akan beritahu satu persatu mimpi saya yang telah terjadi di alam realiti. Saya bukannya tukang tilik masa depan, tapi saya hanya manusia biasa yang lemah dan tiada apa-apa kelebihan. Mungkin mimpi ini saya dapat kerana Allah sayangkan saya. Walaupun saya terpilih untuk mengetahui sesuatu perkara sebelum terjadi, tetapi sehingga sekarang saya tidak mampu ubah dengan tangan saya sendiri sebelum sesuatu perkara terjadi. Saya tidak mahu beritahu apa-apa mimpi lagi yang saya alami, biarkan saya sendiri yang menanggungnya. Cuma saya mahu korang jauhkan diri dari laut selepas ini kerana ada sesuatu yang akan terjadi nanti. Mimpi ini biarlah saya sendiri yang tahu. Ingat pesan saya ini ye.


Tidak ada seorang pun yang dapat bertindak untuk merubah apa yang telah Allah tetapkan untuknya. Maka tidak ada seorang pun juga yang dapat mengurangi sesuatu dari ketentuan-Nya, juga tidak boleh menambahnya, untuk selamanya. Jangan lupa untuk terus berdoa, semoga Allah beri petunjuk kepada kita semua.

Selamat Hari Lahir Yang Ke-29, Kak Lya Afrina


Selamat hari lahir yang ke-29 saya ucapkan kepada Kak Lya Afrina pemilik Blog H.A.T.IHappy Birthday to you, Happy Birthday to you, Happy Birthday to Kak Lya, Happy Birthday to you.


 Semoga Allah selalu berikan Kak Lya kesihatan tubuh badan yang berpanjangan 
♥ Semoga Allah selalu berikan Kak Lya kebahagiaan di samping keluarga 
 Semoga Allah berikan Kak Lya umur yang berpanjangan 
 Semoga kak Lya selalu di dalam rahmat Allah 
 Selalu jaga diri dan take care of your family 
♥ Solehah sayang akak sangat-sangat! 
♥ Selamat Hari Lahir 

Selamat Hari Lahir Yang Ke-31, Kak Deqla

Assalamualaikum.

Sebelum kita melanjutkan bacaan entri ini, jom kita lawat Blog Kak Deqla ini dulu. Comelkan blog kak Deqla ni, rasa macam semanis gula-gula kapas saje... Opss disebabkan kak Deqla tak boleh komen entri dalam blog, mari kita sweetkan kak Deqla dalam entri ini ye.kiki


Surat cinta untuk kak Deqla


Selamat Hari Lahir yang ke-31, kak Deqla.
Happy 31st Birthday, sis Deqla.
Sanah helwah 31, ukhti Deqla.

Semoga akak bertambah sweet dan comel.
Semoga akak dipanjangkan umur dan murah rezeki.
Semoga akak sentiasa ceria dalam kehidupan bersama suami akak.
Semoga "impian (sweet13)" akak menjadi kenyataan.
Solehah sayang akak sangat2! Muah!

Sejarah Akaun Wechat Saya

Assalamualaikum.

Bulan ini, baru saya ada kesempatan untuk update Wechat saya ke versi terbaru (Wechat 5.2). Sebelum ini biarkan dengan versi lama saje. Makin hari makin cantik Wechat ini. Makin lama makin banyak pertambahan setting dalam Wechat. Terbaiklah. Jom tengok sejarah Wechat di bawah, korang boleh tahu bila Wechat dicipta dan bila akaun Wechat saya dibina.


Wechat dicipta sejak 21 Januari 2011.
Sudah 3 tahun lebih Wechat tercipta.


Lepas itu, barulah banyak pertambahan setting dalam Wechat.
Masa ini saya tidak guna hp Android lagi.


Opss itu Wechat saya. 21 Januari 2013 akaun Wechat saya dibina.
Tarikh sama dengan tarikh Wechat dicipta, cuma bezanya tahun.

Sejujurnya, saya banyak luangkan masa di Wechat berbanding di Facebook kerana kawan-kawan Wechat saya lebih peramah berbanding di Facebook. Kebanyakan kawan Wechat saya ini banyak yang sekepala dengan saya, itu yang saya suka. Yang penting, kawan-kawan Wechat saya semuanya kelakar. Sesiapa yang nak add Wechat saya, boleh add saya guna id : Solehah_Official

Detox Foot Patches Paling Murah

Assalamualaikum.

Siapa sini suka atau teringin berdetox, wajib tengok sini. Saya nak share sesuatu yang best. Korang mesti tau benda apakah dalam gambar ini. Inilah dia Detox Foot patches.


Saya beli di @wanisena_elken . Best tau guna benda ini. Lepas main lekat-lekat di kaki pada waktu malam, bangun pagi esok terus segar-bugar tidak terkata.


Harga yang dijual ini tersangat murah. 100 pcs (RM60/SM & RM65/SS). Murah sangat2! Yang bestnya lagi, boleh dapat buku katalog dan satu shiseido mask naturgo. Apa lagi, jom serbu @wanisena_elken cepat-cepat! Korang juga boleh layari Laman Kedai Aina ataupun sms/whatsapp 014-5341740 untuk order.

Tutorial : Daftar, Upload Lagu & Download Lagu 4shared.com

Assalamualaikum.

Sejak-sejak ini saya selalu share lagu yang saya upload sendiri ke dalam akaun 4shared. Kawan-kawan asyik tanya saya bagaimana nak ambil lagu dari akaun 4shared saya ini. Sebenarnya mudah sangat nak download lagu guna 4shared, dari dulu sehingga sekarang saya adalah pengguna setia 4shared. Kepada sesiapa yang masih tidak tahu bagaimana untuk mendaftar akaun 4shared, upload lagu ke dalam akaun 4shared dan download lagu dari akaun 4shared, boleh ikut tutorial ini ye. Sesiapa yang tidak paham dengan tutorial ini, boleh tanya saya.

Daftar Akaun 4shared

1. Buka link 4shared.

2. Korang akan dapati seperti gambar di bawah ketika ingin mendaftar. Korang boleh pilih salah satu pendaftaran yang diinginkan.


3. Setelah proses pendaftaran selesai, log in akaun seperti biasa. Selesai sudah daftar.


Upload Lagu Ke Dalam Akaun 4shared

1. Setelah log in akaun 4shared, klik pada nama akaun 4shared korang. Sebagai contoh, nama akaun 4shared saya ialah Solehah Shamsuddin. Klik pada nama akaun korang.


2. Selepas itu, korang akan dapati ruangan seperti gambar di atas. Klik "Muat naik" dan tunggu sehingga proses upload lagu ke dalam akaun 4shared selesai.

Download Lagu Dari Akaun 4shared

1. Taip tajuk lagu & nama artis di dalam kotak search "Carian Fail". Contoh : Ainan Tasneem-Aku Suka Dia.

2. Korang akan dapati pelbagai hasil carian yang dicari. Klik pada nama artis dan lagu yang dikehendaki. Sebagai contoh, gambar yang ditunjukkan di bawah ini. Klik pada "Ainan Tasneem - Aku Suka Dia.mp3"


3. Contoh : Klik SINI. Jika ingin download lagu ini, klik pada "Muat turun" seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.


4. Kemudian, klik pada "MUAT TURUN PERCUMA". Tunggu sehingga download selesai. Download ini adalah automatik. Mudahkan caranya? Apa lagi, jomlah daftar 4shared.

Jemputan Ke Ceramah Ustaz Kazim Elias & PU Shahul

Assalamualaikum.

Saya ingin mengajak kesemua hadirin dan hadirat ke ceramah Ustaz Kazim Elias dan PU Shahul (Finalis Pencetus Ummah Astro) di Teluk Intan, Perak.
Berikut adalah tentatif program :

Ceramah Ustaz Kazim Elias
16 Mac 2014 - 9.00 malam - SK Changkat Jong, Teluk Intan, Perak.

Ceramah PU Shahul
17 Mac 2014 - 9.00 malam - Masjid Taman Melor, Teluk Intan, Perak.

Semoga kehadiran kalian semua dapat memeriahkan lagi majlis. Terima kasih.

Domino's Pizza - Meat Mania & Aloha Chicken Pilihan Utama Kami


Assalamualaikum.

Pasti kepada semua pembaca tegar di sini sudah tahu yang saya ini memang peminat setia Domino's Pizza. Sejak Domino's Pizza dibuat di Teluk Intan, kami adalah pelanggan setia yang sentiasa order pizza mereka secara online mahupun melalui panggilan telefon. Meat Mania & Aloha Chicken adalah plihan kami. Setiap kali buat tempahan, pasti ada pizza ini. Terima kasih Domino's Pizza kerana sentiasa mengekalkan servis yang terbaik buat kami. Sesiapa yang belum pernah makan pizza dari Domino's Pizza ini, cepat-cepatlah rasa. Sedap...
Viewing all 515 articles
Browse latest View live