Untuk mengetahui batu geliga yang original ada caranya. Jadi dengan mengetahui kaedah untuk mengetahui batu geliga yang original, korang tidak akan mudah tertipu oleh si penjual batu geliga. Jom baca tips ni untuk mengetahuinya. Sila ikuti langkah-langkah di bawah :
1. Suruh penjual tu sediakan limau kasturi dan piring.
2. Perah limau kasturi dalam piring.
3. Ambil batu geliga dan letakkan ke dalam perahan limau kasturi tadi.
4. Jika batu geliga tu berpusing secara bulatan atas piring tu, maka ia batu geliga yang original. Batu tu bergerak bukan kerana ada jin atau apa-apa, tapi kerana ia bertindak balas dengan keasidan limau kasturi.
Jika uji kaji ni tidak menjadi, jangan sesekali untuk beli batu geliga tu kerana ia bukan batu geliga yang original. Jadi jangan sesekali tertipu oleh si penjual batu geliga tersebut. Jika ia tidak mahu menyediakan semua kelengkapan untuk menguji batu geliga tersebut, tinggalkan saje penjual batu geliga itu kerana ia takut jika penipuannya terbongkar. Ia kerana batu geliga ni mahal dan sukar dijumpai.
Antara kelebihan batu geliga ialah boleh menyerap bisa ular. Batu ni berwarna putih. Jika seseorang terkena bisa ular, ambil batu geliga dan letakkan ia di tempat yang terkena bisa. Secara automatik, ia akan sedut bisa tu dan batu akan bertukar menjadi hitam. Ini bukan kerana batu tu telah dijampi atau apa-apa tapi kerana sifat semulajadi batu geliga yang boleh sedut bisa ular. Sharing is caring! :)