Untuk mengetahui batu delima yang original, minta segelas air daripada penjual batu delima tersebut. Kemudian masukkan batu delima tersebut ke dalam gelas yang berisi air tadi. Jika batu tu berwarna ungu kemudian korang masukkan batu delima tu ke dalam air dan air tu bertukar mengikut warna batu tu juga, menunjukkan batu delima itu adalah original. Jika korang keluarkan batu delima tu dari gelas dan air dalam gelas tersebut bertukar ke warna putih semula, maka itu adalah bukti kedua menunjukkan batu delima itu original. Jika tidak menjadi ataupun penjual tersebut tak mahu layan permintaan korang untuk test samada batu delima ni original atau tak, jangan sama sekali untuk beli batu delima tu. Barangkali penjual tersebut menipu korang.Tips ini bukan 100% datang dari saya, tapi ia telah dikongsi oleh pensyarah saya sewaktu sesi selingan. Sharing is caring.