Assalamualaikum.
Alhamdulillah, mama dan abah saya sudah selamat pulang ke tanah air setelah menunaikan ibadah umrah ketika cuti sekolah bulan Mei yang lepas. Saya tidak berpeluang untuk menghantar dan mengambil semula mama dan abah untuk pergi ke umrah kerana saya tidak cuti ketika itu. Jadi, doa serta tawakal sahaja untuk semuanya dalam keadaan baik.
Selepas pulang dari umrah / haji, pasti ada shopping-shopping di sana kan. Sebenarnya saya tak tempah apa-apa untuk mama dan abah belikan sesuatu untuk saya. Tapi mama dan abah tetap belikan sesuatu untuk saya dan adik-beradik juga. Jom tengok apa yang mama dan abah saya belikan untuk kami.
Dua kotak Air Zamzam
Minyak wangi Attar Hajrul Aswad
Dari kiri > kanan atas : 2 pasang jubah putih (lelaki), 1 pasang jubah hitam bercorak (perempuan) & 1 pasang jubah kelabu (lelaki)
Dari kiri > kanan bawah : 3 pasang jubah hitam (perempuan), 1 pasang jubah maroon bercorak (perempuan) & 3 pasang tudung lilit (perempuan)
Dari kiri > kanan atas : Buku gambar Kaabah & Kopiah
Dari kiri > kanan bawah : Serban putih lilit & Tasbih
Minyak wangi kasturi (perempuan).
Saya tak sempat nak ambil gambar minyak wangi kasturi (lelaki).
Adik saya dah bawa minyak wangi tu ke tempat dia belajar.
3 jenis kurma (3 plastik besar) & 1 plastik besar kacang cerdik serta pelbagai barang perhiasan. Ini sajelah yang di shopping. Kawan-kawan, doakan saya dapat pergi ke Mekah suatu hari nanti ye. Aamine :)