Quantcast
Channel: Solehah Shamsuddin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 515

Alhamdulillah Dapat Dekan Lagi

$
0
0
Assalamualaikum.

Siapa sini mengaku yang setiap kali sebelum keluar result final exam akan jadi takut, seriau, resah, gelisah, gelabah, gementar, tak lalu makan, tak senang duduk, tak senang tidur, dan lain-lain lagi. Haishh itu semua sikap sayalah tu, langsung tak tenteram hidup. Akan tetapi, bila hari yang ditunggu-tunggu telah sampai, maka inilah result final exam saya. Syukur Alhamdulillah.


Alhamdulillah dekan. Terima kasih Allah, terima kasih mama, abah dan adik-adik saya dan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang selalu mendoakan kejayaan saya untuk semester 2 ini. Dengan doa kalian Alhamdulillah saya berjaya. Terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah yang mengajar saya untuk semester 2 ini. Saya takkan lupakan jasa semuanya yang mengajar saya di sini. Dan juga tahniah kepada adik-adik lain yang dapat dekan. Yang tak dapat tu, jangan sedih-sedih ye. Cuba untuk semester akan datang pula 💞 🌸🌷🌹

Kejayaan saya ini juga diraikan bersama adik-adik tersayang saya iaitu Pina dan Sue. Tahniah adik-adik akak. Mereka berdua dari Diploma Pengajian Islam dan Diploma Syariah Islamiyyah. Walaupun mereka berdua dari diploma, namun tiada erti perbezaan diantara saya dan mereka. Adik-adik akak, nanti kita jumpa di anugerah dekan ye.

*Purata nilai gred yang saya hitamkan itu adalah pointer saya. Saya terpaksa hidekan pointer saya atas sebab-sebab tertentu dan tidak mahu sesiapa tahu pointer saya berapa. #donedegreesemester2

Viewing all articles
Browse latest Browse all 515