Assalamualaikum.
Update, update, update. Ya Allah, sejak saya masuk belajar semula ini bukan kemain saya sibuk sampaikan sekarang baru nak update. Masih layakkah saya digelar blogger? Sehinggakan saya biarkan blog saya begitu saje. Sebagai penuntut ijazah, saya terlalu sibuk dengan pelajaran saya. Bukan setakat sibuk dengan pelajaran, akan tetapi saya sibuk dengan bisnes jualan topup saya. Ini kisah dululah, sekarang ini saya sudah berhenti menjual kerana banyak sangat penipu-penipu yang tak bayar. Aduyai, fobia kalau kena camni.
Nak dijadikan cerita, pada pertengahan semester kedua saya ini saya dapat satu berita yang buat saya gembira dalam bulan ini iaitu anugerah dekan. Sebenarnya saya tak tahu anugerah dekan ini dari pointer berapa ke berapa. Akan tetapi bila saya rujuk senarai nama dekan di dalam gambar bawah ini, seronok tak terkata saya jadinya.
Dekan!
Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!