Muhammad Utusan Terakhir (Muhammad The Last Prophet)
Tidak semestinya orang yang sezaman Rasulullah akan bersama Islam. Saya lebih rela tidak hidup sezaman dengan Rasulullah kerana saya lebih takut jika ketika itu saya menentang ajaran Islam. Ya Rasulullah, walaupun diriku(saya) tidak pernah bertemu denganmu tetapi saya cukup bangga saya adalah umatmu. Setiap kali saya mendengar nama Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.W.T, hati saya jadi gerun dan airmata menitis dengan lajunya. Dan di dalam sudut hati saya tersimpan keinginan untuk bermimpi Rasulullah S.A.W. Alangkah bahagianya hati ini jika dikabulkan...