Pada hari Jumaat yang lepas (3 Januari 2014) masak nasi Arab versi baru, dimakan bersama daging kambing. Menggunakan rempah Kabsah Chef Ammar & Sunquick. Sebab itulah Nasi Arab ini berwarna seakan oren. Sedap tau. Tapi rasanya tidaklah sesedap Nasi Arab Restoran Saba & Nasi Arab Restoran Hadramaut. Orang Arab yang buat memang tiada tandingan. Tapi tidak sia-sia kalau pandai masak Nasi Arab ini, maklumlah pabila beli di Restoran Makanan Arab harganya terlalu mahal. Untung masak sendiri. Betul tak?
↧