Quantcast
Channel: Solehah Shamsuddin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 515

Gangster Celop

$
0
0

Sinopsis Gangster Celop

Pelakon : Syamsul Yusof, Kamal Adli, Yus Jambu, Azad Jazmin, Reen Rahim dan Hanis Zalikha.

Gangster Celop mengisahkan dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun. Mereka bertekad untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik.

Bagaimanapun, sebaik bebas, mereka dikehendaki menjaga Suzana (Hanis Zalikha) iaitu anak perempuan kepada Mat Jambu (Yus Raja Lawak),seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu. Suzana baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan di Malaysia.

Disebabkan tugasan itu, semua menjadi huru-hara dan secara tidak langsung mereka terbabit dalam konflik tercetus antara Mat Jambu dan musuhnya, Man Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh tradisi untuk sekian lama.

Tonton Gangster Celop Di Sini


Review Daripada Saya : Cerita ni lawak terutamanya bila Adam, Aman dan Suzana berubah identiti untuk tidak tertangkap dalam operasi pemeriksaan polis. Adam dan Aman kena jadi perempuan, Suzana pulak kena jadi lelaki. Yang lawaknya juga, gangster-gangster pun boleh naik kereta Hello Kitty. Lucu sangat-sangat. Jomlah tengok cerita ni ye :D

Viewing all articles
Browse latest Browse all 515