Pemilik : Rosnah Ismail & Muhd Syafi Khamri
Alamat : Lot-1704, Jalan Pantai, Sungai Baru, 34250 Kuala Kurau, Perak, Malaysia.
Waktu : Setiap hari Selasa - Ahad ( Cuti : Isnin ) / 2.30 p.m - 11 p.m
No. Telefon : 017-439 9065
Harga sepinggan mee udang biasa adalah RM5, sederhana RM7 dan istimewa RM9.50. Yang penting, bila dihidangkan mestilah berasap. Selain tarikan pada menu masakan, restoran ini juga menawarkan menu minuman tersendiri yang boleh menarik perhatian pengunjung. Antaranya, minuman coklat tiga musim, jus buah-buahan tiga musim dan air batu campur (ABC). Selesai makan, korang boleh menikmati pemandangan indah Ban Pecah, Kuala Kurau, Perak yang saya ada ceritakan dalam blog ini. Hanya 5 minit untuk ke sana. Jom melancong!