Assalamualaikum.
Berharap orang tu tak baca entri ni. Adakah korang percaya, sebuah perkenalan yang rapat bermula dari WeChat? Saya merupakan salah seorang yang mengalaminya. Saya tak pernah terfikir sebelum ni yang saya akan kenal seseorang dari laman chatting. Dan saya juga tak menyangka sehingga sekarang wujud satu perasaan yang selama ni saya takut dan buang jauh-jauh iaitu jatuh cinta kembali. Adakah saya hanya sayangkan dia atau saya mencintai dia?
27.4.2013 / 6.01 p.m (Waktu Yaman) - Saya accept request WeChat daripada dia. Dia tegur saya "salam.hai". Saya jawab "ye". Dia balas semula "Saja add". Lepas tu perkenalan kami bermula sehinggalah ia membawa dua kali pertemuan ketika dia pulang ke Malaysia. Kami tak pernah rancang tarikh untuk berjumpa, semua terjadi on the time. Yang paling saya teruja, dia sanggup datang dari jauh hanya untuk jumpa. Terima kasih awak.
"1st Dating Dengan Si Dia& 2nd Dating Dengan Si Dia. Dua entri ni sangat bermakna bagi saya. Bagi saya, segala kenangan yang terindah amat bermakna untuk saya simpan dan ingati. Berharap kami akan berjumpa lagi pada masa akan datang. Saya akan tunggu awak sampai bila-bila". Inilah maksud disebalik cover facebook yang saya guna sekarang.
2nd Dating Dengan Si Dia - Ciri-ciri keychain yang saya berikan pada si dia tu sama dengan baju yang Kalil berikan pada Lea dalam cerita Cinta Jangan Pergi. Warna baju biru dan pada baju ada hati warna merah. Korang boleh tengok SINI, Episod 1 & 2, minit ke 0:47:20 - minit ke 0:47:50. Sebenarnya sebelum saya jumpa dia, saya tak pernah lagi tengok cerita ni. Tapi saya pelik, kenapa cerita ni banyak persamaan dengan kami. Ketika saya jumpa dia, saya sempat bawa dia pusing-pusing di sekitar Menara Condong Teluk Intan, tetapi dalam cerita tu... Korang tengoklah episod 1 sehingga habis, korang akan paham nanti. Adakah semua ni kebetulan? Atau suratan?
Sejujurnya, M** adalah lelaki pertama yang ajak saya keluar. Memandangkan si dia betul-betul jujur nak jumpa saya, saya beranikan diri. Apa yang membuatkan saya hairan, ketika pertama kali saya keluar bersama dia, saya merasakan seperti kami dah lama kenal. Saya rasa begitu rapat dengan dia. Awak, saya ada hati pada awak, tapi... Saya akan tunggu awak sampai bila-bila.
* Saya rindukan awak. Bila awak nak balik?...