Assalamualaikum.
Tetiba terasa rindu pada housemate saya dulu dan sekarang saya nak imbas kembali kenangan lalu bersama mereka. Jika kenangan ini dapat berulang kembali, saya akan pastikan yang kenangan ini tak akan berakhir sampai bila-bila.
Kenangan Bersama Di Lata Kekabu & Tasik Raban
HUTAN LIPUR LATA KEKABU. Terletak di Lenggong, Perak. 1 jam 30 minit untuk sampai ke sini dari rumah sewa kami.
Cantikkan air terjun ni. Air terjun ni deras dan kami tak digalakkan untuk bermandi-manda di kawasan ni. Had kedalaman air, paras dada orang dewasa. Kami mandi juga di kawasan ini, tapi sekejap sajelah. Maklumlah, kami pun takut bila tengok air terjun ni berderau-derau turun dari atas.
Ini pula bahagian separuh deras. Di sini boleh mandi, tapi kena berhati-hati kerana batu di sekitarnya licin.
Kawasan ni pun boleh mandi juga. Had kedalaman air di sini ialah paras pinggang orang dewasa.
Kawasan ni boleh dikatakan selamat kerana airnya tidak terlalu deras. Jadi, kami bermandi-manda di sini la. Sesuailah dengan kami yang tak tahu berenang ni.hehe
Tempat ni jauh untuk kami pulang singkat ke rumah sewa. Oleh kerana kami bermandi-manda sehingga lewat tengahari, mestilah kami lapar selepas tu. Jadi kami ambil keputusan untuk singgah ke Tasik Raban pula untuk menjamu selera.
Tempat ni jauh untuk kami pulang singkat ke rumah sewa. Oleh kerana kami bermandi-manda sehingga lewat tengahari, mestilah kami lapar selepas tu. Jadi kami ambil keputusan untuk singgah ke Tasik Raban pula untuk menjamu selera.
Inilah Tasik Raban. Selesai kami makan, kami main bot kayuh pula. Pertama kali kami main bot kayuh ni. Gayat juga pada mulanya, maklumlah tak pernah cuba.hehe
Inilah kami. Semuanya pakat posing ayu.
Cuba teka mana satu saya? :)
Selepas puas bermain, kami terus pulang ke rumah sewa. Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan lancar. Yang penting, kenangan dan pengalaman ketika hari tu akan sentiasa tersemat di dalam hati ini.