Assalamualaikum.
Sebenarnya ini bukan kali pertama saya bermimpi mengenai doktor yang saya tak kenalpasti siapa. Mana tidaknya, tiap kali bermimpi mesti saya tak nampak muka doktor tu. Ni lagi lah buat saya pelik. Semalam, nak dijadikan cerita saya bermimpi lagi mengenai seorang doktor. Seperti biasalah saya konfim tak nampak muka doktor tu. Kesian saya kan. Okay, sekarang saya nak ceritakan mimpi saya semalam.
Saya dan keluarga saya keluar untuk bershopping di The Store. Tetapi setelah selesai beli barang dan dalam perjalanan balik, tiba-tiba saya teringat yang saya masih tertinggal satu barang yang belum dibeli. Oleh sebab itu, saya meminta abah saya untuk singgah sebentar di pasaraya Giant. Saya keluar beli barang bersama adik saya. Setelah selesai membayar di kaunter, saya tersedar yang adik saya hilang. Saya mula risau. Disebabkan saya mencari, saya pula yang tersesat. Saya tak jumpa pintu keluar pasaraya. Alahai satu masalah lagi datang. Tapi yang saya pelik, saya ikut kata hati untuk ikut seorang jejaka ni dari belakang, dengan niat jika saya ikut dia, saya akan dapat keluar dari pasaraya ni. Ye Alhamdulillah saya berjaya keluar.
Saya keluar dengan harapan untuk bagitau keluarga saya yang adik saya hilang. Tetapi harapan meleset sekali lagi kerana saya tersesat lagi. Penat saya cari jalan keluar, tapi tak jumpa. Cari punya cari, saya terjumpa jejaka yang saya ikut tadi. Terdetik dalam hati saya untuk ikut dia sekali lagi dengan harapan dapat keluar dari tempat tu. Seperti biasa dia di hadapan, saya ikut dia dari belakang. Jalan dahla berbukit, penat okay. Saya berhenti sekejap kerana tercungap-cungap keletihan. Tiba-tiba laki yang saya ikut ni hulurkan tangan dia pada saya. Alamak, kantoi sudah yang saya ikut dia dari tadi. Saya fikir dia tak sedar yang saya ikut dia. Saya sambut tangan dia dan dia genggam tangan saya. Kami mendaki bukit sampai pimpin tangan. Sweet kan? haha seperti biasa, saya masih tak nampak muka laki tu.
Boleh dikatakan lama juga kami mendaki. Dalam 5 minit camtu. Tiba-tiba, saya sesak nafas. Saya pengsan dan bila tersedar semula, saya sudah ada di atas katil hospital. Masa saya tersedar, saya nampak muka doktor yang rawat saya. Dengan perasaan ingin tahu, saya terus tanya doktor tu siapa yang hantar saya ke sini. Dengan spontan doktor tu bagitau dialah laki yang pimpin tangan saya tu. Bila saya ingin tengok muka doktor tu sekali lagi, terus muka doktor tu kabur. Pada mulanya saya memang dapat tengok muka doktor tu, tapi saya terlupa mukanya camne. Sebab tu saya nak tengok sekali lagi muka doktor tu, tapi apakan daya. urmmm...
* Korang rasa apa maksud mimpi ni ye? Ke doktor tu bakal suami saya?